11 Perkara Adat orang belajar
1. Mendahului memberi salam kepada gurunya.
2. Jangan banyak berkata-kata di hadapan gurunya.
3. Jangan dikata yang tiada ditanya oleh gurunya.
4. Minta izin kepada gurunya ketika hendak bertanya.
5. Jangan dikatakan kepada gurunya, bahawasanya si fulan itu bersalahan pendapat daripada gurunya.
6. Jangan memberi isyarat di hadapan gurunya kepada orang lain, sekiranya gurunya tersalah berbicara.
7. Jangan berbisik-bisik di hadapan gurunya dengan orang lain.
8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya, tetapi duduk dia seperti di dalam sembahyang.
9. Jangan banyak soal tatakala segan gurunya.
10. Hendaklah berdiri dia tatakala berdiri gurunya atau datangnya.
11. Jangan jahat sangka kepada gurunya tatakala melihat bersalahan perbuatannya dengan ilmu, kerana guru itu terlebih banyak ilmu dan terlebih tahu segala rahsia daripada muridnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan