CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko
Memaparkan catatan dengan label MENGENAL ERTI KEHIDUPAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MENGENAL ERTI KEHIDUPAN. Papar semua catatan

Ahad, 24 Februari 2013

Siapakah gadis-gadis yang berpotensi untuk disingkirkan oleh lelaki idaman itu

Siapakah gadis-gadis yang berpotensi untuk disingkirkan oleh lelaki idaman itu? Mereka ialah:  

1. Gadis Yang Dominan-Lelaki memang suka kepada gadis yang cergas, aktif sama ada dalam memberikan pendapat atau dalam kehidupan seharian. Bukan gadis yang lemah longlai, lurus bendul, tidak matang dan keanak-anakan. Namun mereka tidak mahu dengan gadis yang nampak begitu dominan. Ini kerana ditakuti mereka berpotensi menjadi isteri yang queen kontrol apabila berkahwin dengan gadis seperti ini. Lelaki sangat bimbang jika kehidupan mereka dikuasai wanita.
 

2. Gadis Yang Hidup Seperti Puteri Raja- Manja dan suka kepada kemewahan sangat ditakuti oleh lelaki. Pasti mereka gusar jika anda suka singgah di kedai emas dan membelek-belek barang kemas bertatahkan berlian. Atau anda enggan untuk makan di warung mamak. Setiap kali dating mesti nak makan di restoran berhawa dingin atau di hotel. Jika lelaki itu memang anak orang kaya raya tak kisahlah. Ni tidak, adik-adik kat kampung mintak duit pun tak dapat beri, inikan pula makwe nak beg tangan Charles Jourdan. Tentu dia asyik kecut perut saja....

3. Gadis Yang Suka Mengeluh- Gadis yang suka mengeluh juga akan ditinggalkan oleh pasangannya. Semua dijadikan keluhan, tempat kerja, kawan sebilik, kucing yang suka buang air, bos yang cerewet, pendek kata mengeluh mesti menjadi agendanya. Hidup biarlah happy. Membahagiakan dan mencerikan situasi di mana-mana, terutama pasangan anda.

4. Gadis Yang Suka Mengkritik - Siapalah suka dikrritik? Ini tak betul. Itu tak betul. Dia seorang yang betul. Ditakuti besok apabila dah kahwin, emak mertua dan ayah mertua semua dikata tak betul. Orang yang suka mengkritik dan tak puas hati 24 jam ni elok duduk dengan tarzan dan monyet kat hutan tu.

5. Gadis  Yang Suka Menyindir - Lagi pedih daripada yang suka mengkritik tadi, bunyi macam berbudi bahasa ...lembut aje...rupa-rupanya kena sindir, berdesing. Pernahkan kena sindir? Begitulah lelaki kalau kena sindir, mereka terus tinggalkan anda. Tak percaya, cubalah buat.

6. Gadis Yang Tidak menghormati orang tua- Kenalah hormat apabila jumpa orang tua, terutama bakal mentua. Kelakuan anda akan dinilai oleh pasangan anda.

7. Gadis Yang Pengotor- Pengotor bukan sahaja di rumah, tetapi juga di luar. Bagaimana nak tau dia pengotor atau tidak? Orang yang pembersih, dia akan sentiasa bersih, tujuh hari tujuh malam. Kalau dia pernah tercerita, pagi tadi malas nak mandi, semalam lupa nak gosok gigi, tulah antara tanda-tanda dia seorang pengotor. Boleh siasat dengan kawan serumahnya....

Banyak lagi ciri-ciri yang sepatutnya disenaraikan, tetapi cukuplah setakat itu.
Ok ....itu aje entri aku malam ni....yang tak puas hati sila buat bantahan di ruangan komen di bawah. Ciri-ciri lelaki yang bakal dikecewakan biarlah blogger wanita yang mengarangnya..

sumber :

Sabtu, 21 Julai 2012

Kata-kata hikmah & Nasihat

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik.

Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.

Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.

Jika Anda tidak boleh menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.

Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingati Anda dalam doa-doanya.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.

Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.

Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit.

Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.

Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat.

Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.

Anda cuma boleh hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.

Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi.

Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.

Lidah anda yang menentukan siapa anda.

Diantara isi rumah tangga, anak-anaklah yang terbaik.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi, bila ia menghampiri.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman, belum terlambat untuk mencubanya pada hari esok.

Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya

Persahabatan sejati layaknya kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah.

Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua manusia itu baik kalau kita boleh melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita boleh melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak boleh melihat keduanya.

Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah.

Bila Kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhuwatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.

Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
(Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)

Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya

Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara.

Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebahagiannya

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu. Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab. Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal. Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.

Sekali tidak berhasil bukan berarti gagal selamanya

Kebahagiaan tak kan pernah boleh dibeli dengan wang ringgit.

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain,pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah,laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya. Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum, baik kepada rakyat maupun kepada keluarga

Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tenteram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk

Hiduplah Sesuka hatimu, Sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, Sesungguhnya kamu akan memperolehi balasannya.

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesehatan dan keamanan.
 
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


Apabila orang mengata, apakah tindakan kita?


Jika anda dikata orang, apa anda akan buat? lawan? sabar? Jika anda lawan, keadaan akan bertambah genting. Belum tentu anda menang, sebaliknya akan lebih banyak rahsia terbongkar. Jika anda sabar, mungkin juga orang menganggapkannya benar, tetapi ia mampu mematikan sebarang hujah.
 
 

kartun_hubi-wife
 
Ketika orang marah diam sahajalah, jangan dilawan, nanti semakin marah dia. Ketika orang tengah berhujah dan memang suka menang, biarkan sahaja mereka bercakap, nanti dia akan berhenti sendiri. Kalau dilawan dan dilayan memang tak akan habis-habis jadinya.

 
Suami anda marah, diam saja. Biar dia rasa dia betul, biar dia keluarkan apa-apa yang hendak keluarkan. Nanti bila ia sudah habis, akan diamlah dia. Kalau di lawan atau dilayan itu macam memberi modal baru kepadanya. Suami yang suka marah-marah memang tidak akan mudah mengalah.
 
Kalau dah marah gila yang nahas nanti diri anda juga.
 
Dengar-dengar dikata orang, pilihlah sikap diam, kecuali orang datang minta penjelasan secara tertib kita jelaskan secara tertib. Kalau orang datang maki hamun diam atau senyum saja dan pergi dari situ. Memang susah nak buat, tetapi itulah senjata untuk memadamkan semua cakap-cakap yang tidak sedap didengar.
 
Apa ruginya dikata orang? Lagi banyak dikata, lagi banyak dapat pahala. Dikata orang itu sakit tetapi kalau hujungnya nanti terserlah kebenaran nikmatnya, masya-ALLAH, indah.
 
Tak ada manusia bebas dari dikata orang. Siapa pun akan dapat. Semakin besar orang itu, semakin berpengaruh orang itu, semakin kaya dan ternama orang itu, semakin banyak dan semakin keraplah dikata orang.
 
Nak dilayan semua? Buat apa buang masa. Daripada melayan kata-kata orang lebih baik buat kerja lain. Setiap kerja akan berhasil hujungnya. Kalau tak berhasil pun�ia mendatangkan pengalaman paling berharga. Lama-lama berhasillah.
 
Layan orang gila akan jadi gila. Layan suka orang mengata akhirnya lebih pakar dari si pengata, Lebih baik diam dan sabar. Nak lawan dan nak layan memang tak terlayan kita.
 
Pilihlah sabar
 
At-Tirmidzi meriwayatkan, Nabi s.a.w. bersabda, “Sukakah aku beritakan padamu orang yang diharamkan masuk neraka?”

Jawab sahabat, “Ya khabarkan kepada kami ya Rasulullah.”

Bersabda Nabi s.a.w.,“Neraka itu haram atas tiap orang yang lunak, ramah, lapang dada dan mudah baik hubungannya.”
 
 
senyum-muslim
 
Bermakna kalau dikata macam mana pun, sambut dengan senyum. Kalau tak boleh senyum pun, relaks saja, jangan kelam-kabut, jangan mengamuk.
 
Al-Khatib dalam kitab “Irsyadul llasabilirrasyad” meriwayatkan, “Orang yang sabar itu mulia di dunia dan juga mulia di akhirat. Bahkan orang yang sabar itu hampir-hampir menjadi Nabi.”
 
Jadi, pilihlah sabar daripada lawan. Lawan semakin menyakitkan hati tapi sabar menawar hati. Berlawan dengan kebodohan akan berakhir dengan kebodohan, sebaliknya ketenangan dan kebijaksanaan serta sentiasa untung.
 
Lihat kisah di bawah bagaimana sabarnya Nabi s.a.w. yang ketika itu memakai serban buatan Najran yang agak tebal pinggiran serban itu, tiba-tiba datang seorang Badwi yang menarik serban Nabi s.a.w. itu dari belakang hingga berbekas pinggiran serban itu di leher Nabi s.a.w. kerana sangat keras tarikan Badwi itu lalu dia berkata, “Ya Muhammad, berikan padaku dari harta ALLAH yang ada di tanganmu”.

Maka Nabi s.a.w. menoleh pada Badwi itu dan tersenyum, kemudian menyuruh sahabat yang menjaga baitulmal supaya memberi pada Badwi apa yang dimintanya.
 
Peristiwa ini sepatutnya menjadi kayu pengukur pada maklum balas kita apabila berdepan dengan sikap-sikap yang tidak manis. Kelunakan akan sentiasa memadamkan keangkuhan.

Dunia akan aman oleh kesabaran berbanding keegoan. Hidup anda juga akan aman oleh berbanding pertentangan. Hari ini kita tiada masa lagi untuk membuang-buang waktu berdepan dengan kekalutan manusia sebab kekalutan hidup sudah cukup banyak. Tenang, lunak , sabar dan mubar adalah benteng segalanya.
 
Sekarang fikirkan, apakah sikap kita selama ini apabila ada orang mengata atau mengutuk kita? Kita berasa marah? Nak mengamuk? Mahu belasah orang itu?
 
Mampukah kita senyum dan berdiam diri seperti Nabi SAW?

 sumber :

Apabila semua benda menjadi susah..


"BUAT SEMUA BENDA DENGAN SUKA, SEMUA BENDA MENJADI MUDAH, BUAT SEMUA BENDA DENGAN MENYAMPAH, SEMUA BENDA MENJADI SUSAH"

Oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

SEMUA perkara akan menjadi mudah apabila dilakukan dengan ikhlas, namun untuk membuktikan keikhlasan bukanlah semudah menuturkannya.
 
Hidup perlu dilalui dengan ceria sebab tanpa keceriaan segalanya akan menjadi masam, kedam, dan hitam. Sesuatu yang masam perlukan garam untuk diterima lidah, apabila kedam perlukan cahaya untuk melihat persekitaran, tetapi kalau sudah hitam memang susah untuk dikembalikan putih.

Hidup itu ada pelbagai ragamnya. Masalah yang datang dalam hidup juga tidak pernah berhenti. Menyambut kesemuanya dengan marah dan sakit hati selalunya berakhir dengan setiap sesuatu yang dilakukan itu menjadi tidak sempurna.

Di bawah pancaran terik matahari seorang mekanik teruja untuk menyiapkan kerjanya dengan sempurna. Dihambat waktu dan tekanan pelanggan, dia boleh digelut marah sewaktu melaksanakan tugasnya. Rasa tanggungjawab mungkin cair, apabila yang lebih dia nampak ialah peluang mencari jalan mudah. Jika peluang itu terbuka, perkara "cincai" akan mengambil tempat.

"Eh, kenapa adik ambil dari situ. Bukankan ini barang-barangan buangan?" pertikai seorang pemilik motosikal apabila melihat mekanik mengambil alat ganti daripada longgokan besi buruk di sebuah bengkel.

"Tak apa, boleh pakai lagi ni," katanya sambil meneruskan kerja-kerjanya.

"Jangan buat begini. Motosikal saya ni baru dan masih dalam jaminan. Saya berhak dapatkan alat ganti yang baru," pertikai pemilik berkenaan.

"Tak apa bang, masih boleh guna ni."

"Dik, kalaulah masih berguna takkan dilonggokkan begini saja. Ini semua barangan lama daripada motosikal lain yang terdahulu rosak."

Mekanik itu pun bangkit, menghempaskan barangan ganti lama yang hampir sangat hendak dipasangnya tadi, lalu mengisi borang pengeluaran alat ganti baru dari stor.

Kisah benar ini membuktikan apabila sesuatu dibuat dengan menyampah pelaksanaannya akan menjadi cacat. Hasilnya sudah tentu lebih cacat.
 
Mengapa tidak lebih banyak senyum daripada muncung? Bukankah gembira memudahkan segalanya daripada marah-marah?

Aina mengadu penat, lalu dia duduk saja tidak berbuat apa-apa. Apabila ditanya, Aina memberitahu dia sangat penat, banyak sangat kerja yang
Sejak bila Aina penat? Setelah hari petang atau sebaik sahaja dia sampai di tempat kerjanya? Aina menjadi penat sebaik sahaja dia melihat kerjanya yang berlonggok di atas lantai. Dia terus berasa sangat penat lalu muncungnya terbentuk. Wajahnya menjadi halia, kusam, dan masam.
 
Dalam keadaan begitu tiada yang dapat Aina lakukan, kalau pun dia melakukan kerjanya, hasilnya tidak merangsangkan.

Banyak perkara dalam hidup dapat diselesaikan hanya dengan senyuman.
 
Suatu petang, sebuah kereta telah melanggar sebuah kereta yang lain sewaktu menghampiri sebuah bulatan. Apakah dia rabun? Jika rabun dia tidak layak memandu, marah pemilik kereta yang dilanggar itu. Sebaik sahaja dia keluar, dia melihat senyuman dan mendengar perkataan maaf dari pemandu yang melanggar keretanya tadi. Kemarahannya hilang, bertukar perbincangan untuk sama-sama bertolak ansur. Perkara itu selesai begitu sahaja.
 
Fikir dan  renung 

 sumber :

Peritnya Mencari Sesuap Nasi

Mop di tangan kanan. Timba merah terisi air sabun di tangan kiri. Bau Fabuloso menyucuk hidung. Peluh terpercik pada wajah perempuan tua berbaju kurung saga. Sudah dua hari aku lihat dia tekun mencuci dan mengemop lantai. Sejak Ketua Jabatan baru menghuni kerusi panas di bangunan yang aku tumpang ini, sudah dua tiga muka baru yang aku lihat. Pekerja Am baru agaknya. Bisik aku pada diri. Sedikit pun tidak terluah pada bibir.

Pagi ini, aku jeling dari pintu pejabat yang terbuka sedikit. Aku lihat dia tekun membongkok mengemop lantai. Seperti kekok dan perlu ditunjuk ajar. Mungkin sebelum ini dia tidak pernah bekerja seperti ini. Sekejap-sekejap dia berhenti. Memegang pinggang. Mengetuk-ngetuk pinggangnya sambil mengaduh kecil.

2.15 petang. Ketika aku mahu ke surau membayar tunai suruhan Tuhan, aku terperasan kelibatnya dari jauh. Masih tekun dengan kerjanya mengemop lantai. Ketika itu, seorang lelaki lalu tanpa sedikit pun permisi. Lantai yang dimopnya kembali kotor dengan tanah merah. Dia tetap diam meneruskan kerja. Entah bagaimana kehendak Tuhan, lelaki itu tersandung timba terisi Fabuloso di tepi lorong. Basah kasut kilatnya. Marahnya tak bertepi. Maki hamun sesuka hati. Sedikitpun tidak ada hormat kepadanya. Perempuan tua itu tetap tunduk sambil mulutnya tidak kering ucap maaf tanda akur itu mungkin kesalahannnya. Masakan perempuan itu bersalah, mata ini menjadi saksi. Timba itu elok terletak di tepi. Bukan mengganggu jalannya.

Di tengah lorong aku berselisih dengan lelaki itu. Assalamualaikum aku hulurkan. Biar amarahnya sejuk. Oh! Mukanya tetap bernyala api marah. Sedikitpun dia tak menjawab salam. Aku ke hujung lorong. Melihat perempuan tua itu terkocoh-kocoh mengelap lantai. Yang basah seboleh-bolehnya dikeringkan. Aku sapa ramah. Soalan mudah, sudah makan ke belum. Berbahasa basi, sambil mataku menyulam matanya. Ada air jernih tergenang.

"Minta maaf, saya tumpang lalu, mak cik"

Sambil senyumku meleret tanda simpati. Aku harap hatinya berbunga-bunga.

"Lalulah nak. mak cik izinkan"

Bibirnya mula menguntum senyum. Hilang mendung wajah tuanya.

Aku juga manusia. Tahu peritnya mencari sesuap nasi. Sedikitpun aku tidak pandang rendah kerjanya. Kerja itu halal. Tapi aku terkilan.
 
Bilamana hormat sesama manusia (lebih-lebih lagi kepada warga tua daripada yang muda) seperti sudah hilang.


 sumber :

Isnin, 25 Jun 2012

10 Larangan Bercinta Dengan Suami Orang


10 Larangan Bercinta Dengan Suami Orang
 
Hal ini banyak juga terjadi dan diambil serius kerana ianya merupakan hal keluarga dan maruah sesebuah perkahwinan itu. Jika ada yang terasa..aku meminta maaf terlebih dahulu..bukan nak menyinggung.
 
Tapi…Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua… khususnya wanita2 yang sampaikan tahap terlanjur bila bercinta dengan suami orang
 
p/s : Ditujukan khas kepada yang bercinta dengan suami orang.
 
1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
 
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
 
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
 
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka tidak boleh lebih berkahwin dari 4 orang ! Maknanya..mereka hanya boleh berkahwin 4 orang sahaja!
 
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
 
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
 
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
 
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
 
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita!
 
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
 
Kebanyakan perempuan yang bercinta dengan suami orang ni mesti dah mengetahui keburukan dan kesannya bukan?
Tapi kenapa mereka tetap nak juga hal ini terjadi?
Desperate?
Kemewahan?
Hurmm..Takpelah..masing2 sudah otak dan punya akal fikiran, jadi fikir-fikirkan lah yer…
Sekali lagi, aku minta maaf kalau sesiapa yang terasa dengan entri ini.
Chill to all readers
 
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)."
Surah Ali `Imran: 110

sumber :

How about them….!!!???

How about them….!!!???






Still complain of discomforts despite working in an office with all modern comforts…!!!???



FunFunky.com

How about her…!!!???

FunFunky.com



Do you still complain of hunger..!!!???

FunFunky.com


How about her…!!!???

FunFunky.com



Tired of sleeping in your cozy bed!!!???

FunFunky.com


How about her…!!!???

FunFunky.com


Tired of walking on your feet!!!???

FunFunky.com


How about him…!!!???

FunFunky.com



Still don’t appreciate the love and care you get from parents & friends!!!???

FunFunky.com

How about her…!!!???

FunFunky.com



Comforts make you sleep while studying!!!???

FunFunky.com

How about them…!!!???

image.png



A luxurious bath…& still complain about life!!!???

FunFunky.com


How about them…!!!???

FunFunky.com


Do you still worry that your hands will get hurt washing your own dishes!!!???

FunFunky.com

How about her little hands!!!???

FunFunky.com


Louis Vitton not enough!!!??? More brands..!!!????
victoria-beckham-wearing-louis-vuitton-sandals-in-london.jpg

How about him...!!!??? adarea1742892.jpg
Tired of pleasuring yourself from playing games!!!???
  FunFunky.com

How about him…!!!???
FunFunky.com



And nothing else to do!!!???

FunFunky.com

How about them…!!???

image.png

Always remember this:
When you complain about your life, there are people out there struggling to be “you”. Also, while you complain about the little wrongs of your food, there are people out there starving for a scrap of food. Therefore, find happiness in who you are, appreciate what you have and try to bring happiness to at least one person who is struggling in life and give them a helping hand at your potential.



sumber :

Jumaat, 6 April 2012

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan


Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.



Isnin, 2 April 2012

Kepercayaan sekadar satu panduan.


*Kepercayaan sekadar satu panduan.

*Kepercayaan sekadar satu panduan.
Sulung= anak pertama, bongsu=anak terakhir, yang lain semuanya tengah.

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung – Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung – Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah – Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah – Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu – Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.



Pancaran Kebahagiaan

Pancaran Kebahagiaan


By: Muhamad Agus Syafii

Pancaran kebahagiaan diwajah kita adalah cermin dari hati yang bahagia ketika hidup penuh syukur mendapatkan nikmat dan bersabar dikala mendapatkan ujian. Begitulah yang dirasakan seorang Ibu dengan tiga putrinya. Di dalam hidupnya harus melewati ujian kehidupan yang sebelumnya tidak pernah disadarinya. Setelah pernikahannya dua puluh tahun dikaruniai dengan tiga putri yang sudah beranjak dewasa dikejutkan oleh kenyataan pahit, tiba-tiba suami menggugat cerai. Sampai beliau berpikir, apa yang salah dari dirinya sampai suaminya tega melakukan itu. Beliau sempat depresi, bingung tak tahu apa yang harus dilakukan. Apa lagi sang buah hati mereka sangat mengidolakan ayah dan bundanya. Mesti begitu dirinya tidak membiarkan ketiga putrinya terlihat dalam masalah orang tuanya.

Ketidak mengertian atas sikap suaminya karena selama ini kehidupan rumah tangga sangatlah tenteram dan bahagia, tidak pernah bertengkar dan keributan dan tidak ada alasan yang utama yang bisa dijadikan gugatan cerai oleh suaminya karena selain istri sangat menghormatinya dan tidak ada gelagat atau perilaku yang aneh. Suaminya yang sangat santun dan penuh perhatian pada anak istrinya. Ditengah kegalauannya beliau datang ke Rumah Amalia untuk bershodaqoh & berdoa bersama. 'Syukurlah alhamdulillah, dengan berdoa paling tidak telah membuat hati saya menjadi sejuk, bisa menerima dengan lapang dada, hati yang bersih dan ikhlas dalam menghadapi hidup ini,' tuturnya.

Ditengah dirinya sudah berserah diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Mencoba untuk instropeksi diri atas semua kekurangannya. Disaat itulah kebahagiaan itu hadir dan meluluhkan hati suami tercintanya kembali pulang ke rumah dan telah mencabut gugatan cerainya. 'Sungguh Mas Agus Syafii, hati saya sangat bahagia karena Allah telah membuat keluarga kami bisa berkumpul kembali.' tuturnya. Malam itu hatinya penuh kebahagiaan tak henti mengucapkan puji syukur kehadirat Allah.  'Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.' (QS. Faathir : 34).

--
Sahabatku, yuk..aminkan doa ini agar keluarga kita menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah. "Rabbana hab lanâ min azwâjinâ wa dzurriyyatinâ qurrata a’yunin waj-’alnâ lil-muttaqîna imâmâ." Artinya, Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. (QS. Al-Furqan: 74).

Wassalam,
Muhamad Agus Syafii

Selasa, 27 Mac 2012

Nasihat Imam Syafie mencari sahabat

Nasihat Imam Syafie mencari sahabat


TEMAN ketawa memang mudah dicari, tetapi teman menangis tiada siapa yang sudi.

Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Imam al-Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

 - Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

- Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percayadiri.

-  Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.

Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
(kalau susah mereka menjauhkan diri, takut kita banyak minta simpati tapi kalau kita senang sikit mereka sakit hati - wahai sahabat dan keluarga sendiri)

- Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
(kalau kita hidup dalam kebahagian memang begini, ada saja kata nista yang tak tahu dari mana asalnya kesilapan kita ini, kalau ada terlebih sedikit rezeki macam macam dah dicaci, tapi kalau hidup derita tak ada orang nak tanya - wahai sahabat dan keluarga sendiri )

-  Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.
(sebab itu lebih baik kita menyepi diri dari bergaul dengan orang macam ini, itupun nanti kita dikata, kita ini sombong diri - wahai sahabat dan keluarga sendiri )
 
Entah kenapa kita susah nak kikis sikap dengki hati dari diri......

menghilangkan tekanan di tempat kerja

menjana kehebatan dalam pergaulan


menjana kehebatan dalam pergaulan

ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan benci dalam hati mereka. tuhan itu maha adil. perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

seterusnya..

justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

kaedah mengikis benci

cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?

pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

faktor-faktor yang boleh merangsang kehebatan dalam pergaulan

antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) sentiasa memperbanyakkan sabar. nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
8) bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaallah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) sentiasa syukur dan redha atas pemberian allah swt.
12) sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

terlebih dahulu baiki diri

untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. ingatlah pesanan seorang sarjana: "orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka."

Isnin, 27 Februari 2012

Menyeberangi Alam Barzakh..

Menyeberangi Alam Barzakh..
 
Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. “Aii.. menung nampak? Apasal?” tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.
“Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah,” saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.
Mari gi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.
"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.        
Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.
Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...
Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.
Eee... seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal
azim...
Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.
Pergi... pergi sekarang! Johar, masa nilah kalau nak cuba. Kawan-kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.
Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.
Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Alah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh man...
Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang aja. Entah ya entah ridak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!
Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.
Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah...
Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.
Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pcrnah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.
Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.
Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.
GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!
Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.
"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini?" saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.
GGGRRRRUUUMMM...
Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku.
Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.
ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK
Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.
AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!
Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.
Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.
PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!
Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah!
Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.
Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga.
Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.
Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.
"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.
Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.
"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.
Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.
Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.
Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.
"Johar... Johar!!" sayup-sayup nama saya dipanggil.
Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.
"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.
Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.
Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.
"Engkau menepis sana, mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk. Aku ambil air, aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.
Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.
Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.
Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.
Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.
Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.
Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya.