Teka teki Menguji minda
Soalan :
1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah
9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
Jangan lihat jawapan nya dulu
jawapan
1) Masukkan benang dalam jarum
2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah
3) MILO AIS
4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.
5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
6) Semut yang matanya BENGKAK
7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat
8) Panjat pokok kelapa
9) Kambing binATANG
10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR
Sumber :
Assalamualaikum
untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group
jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca
harap maklum
ikhlas
sweetmiko

Jumaat, 6 April 2012
Petua Awet Muda :: Amalan yang boleh dilakukan untuk mengekalkan muka supaya kelihatan muda dan berseri;
Petua Awet Muda ::
Amalan yang boleh dilakukan untuk mengekalkan muka supaya kelihatan muda dan berseri;
•Selepas bangun tidur, amalkan minum air suam segelas dan selawat sebanyak tiga kali. Amalkan setiap hari akan membantu muka anda berseri-seri dan kekal awet muda.
•Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di dagu. Pusing-pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. akukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
•Gambir ditimbuk sehingga halus. Kemudian campurkan dengan perahan air limau kasturi. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Setelah itu, bilas dengan air. Lakukan setiap hari atau berselang-seli. Hasilnya kulit akan bertambah halus dan awet muda.
•Campurkan dua biji telur penyu mentah dengan air perahan dua biji limau kasturi, madu lebah pekat dan juga sebiji telur ayam kampung. Gaul hingga sebati. Sesudah itu, minum sehingga habis. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan pagi.
•Pucuk gajus yang telah dibersihkan dimakan begitu sahaja sebagai ulam ketika makan nasi ataupun diminum air rebusannya.
•Makan daun pudina mentah setiap hari. Jadikan sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan selalu.
Sumber :
Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan
Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan
Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.
Ceritanya begini :
Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.
Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.
Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

7 Prinsip Makan Yang Baik Semasa Kehamilan
1. UBAHLAH CARA MAKAN ANDA, MESKIPUN ANDA SUDAH MAKAN DENGAN BAIK.
Anda sekarang sedang hamil maka diet makanan anda harus mengikuti diet makan untuk ibu hamil. Pada kehamilan anda membutuhkan lebih banyak konsumsi protein, kalori (untuk energi), vitamin dan mineral seperti asam folat dan zat besi untuk perkembangan bayi anda juga. Ingat anda membutuhkan tambahan 300 kalori perhari.
2. HINDARI MAKANAN YANG DAPAT MEMBAHAYAKAN IBU DAN JANIN
Daging dan telur mentah, keju lunak, susu yang tidak dipasteriusasi, alcohol, juga cafein.
(Baca juga: Makanan Apa Yang Harus Di Hindari Selama Kehamilan? )
3. JANGAN DIET SELAMA KEHAMILAN
Kehamilan bukan masa yang tepat untuk Diet anda hanya akan membahayakan ibu dan bayi. Diet selama hamil akan menyebabkan kurang vitamin, mineral dan lain-lain yang penting selama kehamilan. Pertambahan berat badan pada kehamilan merupakan salah satu tanda yang baik pada kehamilan yang sehat. Ibu hamil yang makan dengan baik akan bertambah berat badannya secara bertahap, umumnya akan melahirkan bayi yang sehat.
4. MAKAN DENGAN PORSI KECIL TAPI SERING
Pada trimester pertama biasanya terdapat keluhan mual muntah(morning sickness), cobalah atasi dengan makan dengan porsi kecil tapi sering, hindari makanan pedas dan berminyak.
Makan dengan porsi yang kecil tapi dilakukan beberapa kali dianjurkan setiap 4 jam. Ingatlah meskipun anda tidak lapar tetapi bayi anda membutuhkan makanan/nutrisi secara teratur.
5. MINUM VITAMIN IBU HAMIL SECARA TERATUR
Makanan yang anda makan adalah sumber vitamin yang paling baik—tetapi apakah anda yakin diet makanan anda cukup mengandung vitamin yang dibutuhkan selama kehamilan, yang terutama zat besi dan asam folat yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan bayi sehat. Untuk itu anda sebaiknya meminum vitamin anda secara teratur.
6. MINUM AIR YANG CUKUP
8 gelas sehari. Karena anda butuh cairan yang cukup bagi anda dan juga bayi anda. 33 % pertambahan berat badan pada kehamilan adalah cairan. Cairan dibutuhkan untuk membangun sel darah merah bayi untuk system sirkulasinya, cairan ketuban. Tubuh anda juga perlu air selama kehamilan untuk mengatasi konstipasi dan mengatur suhu tubuh anda.
7. MAKANAN BERSERAT, BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
Perbanyaklah makan makanan yang berserat tinggi , buah-buahan dan sayuran dapat membantu mengatasi konstipasi anda selama kehamilan.
Dengan melakukan cara makan yang sehat, bukan hanya membuat ibu hamil fit dan sehat, tapi juga membantu perkembangan yang sehat bagi bayi anda
Ingatlah perkembangan bayi anda sangat tergantung dari apa yang anda berikan dan lakukan baginya.
Semoga informasi ini dapat membantu anda untuk melakukan cara dan diet makan yang lebih baik yang berguna untuk kesehatan ibu juga bayi selama kehamilan.

Perlukah saya mengambil multivitamin untuk kehamilan?
Perlukah saya mengambil multivitamin untuk kehamilan?
Selagi kehamilan anda sihat, cuma satu sahaja vitamin yang anda perlu ambil sebagai suplemen iaitu vitamin B atau asid folik.
Anda sepatutnya tidak perlu mengambil suplemen bagi mendapatkan vitamin dan mineral lain yang diperlukan. Apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan anda memakan pelbagai makanan yang sihat. Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang anda dan bayi anda perlukan.
Makanan yang sihat mestilah mengandungi empat kumpulan makanan berikut:
Produk tenusu, seperti juga ikan laut dan garam laut adalah sumber iodin yang baik. Anda memerlukan banyak iodin dalam diet anda untuk membantu perkembangan otak bayi.
Anda juga boleh gunakan pelan hidangan harian kami, yang disediakan khas oleh pakar nutrisi kami untuk membantu anda mendapatkan nutrien yang sesuai mengikut masa.
Cuba elakkan daripada makan terlalu banyak makanan berlemak atau manis dan minuman manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang anda perlukan.
Realitinya, memanglah kadang kala sukar untuk mendapatkan diet yang seimbang. Jika anda tidak boleh makan banyak kerana loya atau sibuk di tempat kerja, atau jika anda seorang bakal ibu yang masih muda, suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrien yang diperlukan.

- Buah-buahan dan sayur-sayuran, samada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
- Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.
- Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus.
- Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt.
Produk tenusu, seperti juga ikan laut dan garam laut adalah sumber iodin yang baik. Anda memerlukan banyak iodin dalam diet anda untuk membantu perkembangan otak bayi.
Anda juga boleh gunakan pelan hidangan harian kami, yang disediakan khas oleh pakar nutrisi kami untuk membantu anda mendapatkan nutrien yang sesuai mengikut masa.
Cuba elakkan daripada makan terlalu banyak makanan berlemak atau manis dan minuman manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang anda perlukan.
Realitinya, memanglah kadang kala sukar untuk mendapatkan diet yang seimbang. Jika anda tidak boleh makan banyak kerana loya atau sibuk di tempat kerja, atau jika anda seorang bakal ibu yang masih muda, suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrien yang diperlukan.
Apakah sepatutnya kandungan sesuatu suplemen pranatal itu?
Kebanyakan multivitamin kehamilan memberi anda 100 peratus jumlah kesemua vitamin dan kebanyakan mineral yang penting yang sepatutnya anda ambil setiap hari.
Jangan ambil lebih daripada dos yang dicadangkan, iaitu biasanya sebiji sehari. Pengambilan vitamin tertentu pada dos yang berlebihan boleh memudaratkan anda dan bayi.
Multivitamin kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, yang mana jika diambil pada dos yang tinggi boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Jika ia mengandungi vitamin A sekalipun, ia adalah daripada sumber tumbuhan. Ini dipanggil betakarotin dan ia selamat untuk bayi.
Jika anda memilih untuk mengambil multivitamin dan suplemen mineral harian semasa hamil, pastikan ia mengandungi vitamin-vitamin yang penting kepada kehamilan.
Anda harus ambil 400mcg asid folik setiap hari dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Walaupun jika anda tidak mengambil multivitamin, ambillah suplemen yang satu ini semasa trimester pertama.
Selain mengambil asid folik, anda juga harus makan banyak makanan yang mengandungi folat, iaitu asid folik dalam bentuk semula jadi. Folat terkandung dalam sayur-sayuran hijau dan kekacang. Banyak roti dan bijirin sarapan juga ditambah dengan asid folik.
Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.
Dalam beberapa kes, dos asid folik yang tinggi adalah disyorkan. Jika anda sudahpun mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural, atau jika anda mengambil ubat-ubat tertentu, beritahulah doktor anda. Beliau boleh memberikan dos yang lebih tinggi kepada anda.

Apakah suplemen lain yang saya mungkin perlu semasa hamil?
Anda akan menjalani ujian darah semasa hamil, yang mana akan menunjukkan samada kandungan zat besi anda mencukupi atau tidak. Jika doktor mendapati kandungan zat besi anda terlalu rendah (anemia), beliau mungkin memberikan suplemen zat besi.Anda memerlukan banyak zat besi kerana jumlah darah dalam badan anda semakin bertambah. Darah yang lebih ini menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.
Badan anda akan membantu anda mendapatkan lebih zat besi yang diperlukan. Ia membuat penyesuaian untuk membantu anda menyerap lebih zat besi daripada makanan semasa anda hamil. Oleh itu, cubalah makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging dan kekacang.
7 TIPS kurangkan pengambilan lemak tepu
7 TIPS kurangkan pengambilan lemak tepu
1. Kurangkan makan daging merah. Especially kat bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon. .. .Optionnya, sila ganti dgn ayam (daging putih), tapi ingat bahagian peha dan kepak biasanya byk lemak.
2. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan. Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.
3. Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan
4. Elakkan makanan beku. kalau rasa tak dpat nak elak langsung.. sekurang2nya kurangkan.. tahukan anda frozen food cthnya nuget,sosej,etc mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.
5. Panggang daging yang anda ingin makan. Tahukah anda, kalau anda menggoreng daging, daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.
6. Tambahkan suplemen Omega-3 dlm diet harian. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik. Ia mengurangkan radang sendi, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik plus bakar lemak . Omega-3 ini boleh didapati dari beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna,.. Apa kata cuba suplemen Shaklee Omega guard. Ia kaya dgn Omega-3....
7. Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. keju, susu full cream mengandungi lemak tepu tinggi.. Bukan minyak sahaja yg ada lemak tepu Kalau masih perlukan keju, pilih keju yg berasaskan susu rendah lemak
Sumber :
Hindari bisikan syaitan
Hindari bisikan syaitan
FENOMENA cerita seram kini dilihat semakin giat dihasilkan penerbit filem, sekali gus menyaksikan lambakan filem genre seram di pasaran, sama ada oleh penerbit tempatan mahupun luar negara.
Jika kita lihat perkembangan terhadap penghasilan filem sebegini, sebenarnya sejak 1980-an lagi filem dan drama seram dihasilkan.
Cuma pada awal 1990-an, genre filem ini bagai tenggelam sebelum ‘merasuk’ semula menjelang alaf baru. Malah, sejak itu banyak filem bergenre seram ini menerjah pawagam tempatan.
Tidak kurang juga drama di stesen televisyen yang berlumba-lumba menyajikan penonton dengan elemen menakutkan. Mungkin kerana ‘rating’ tinggi, cerita seram ini mendapat slot tetapnya yang tersendiri di dalam program televisyen tempatan.
Akhirnya, lambakan cerita hantu mendapat perhatian masyarakat hinggakan ramai tampil mengkritik, tidak kurang juga menjadikannya topik perbualan di mana saja.
Oleh kerana cerita sebegini memaparkan elemen mistik, sudah tentu garapannya membawa kepada unsur tahyul, khurafat, bidaah serta unsur negatif kepada masyarakat kita yang sememangnya taksub dengannya.
Mungkin kita pernah terdengar sewaktu melalui zaman kanak-kanak ungkapan seperti: “Jangan main kat luar waktu Maghrib, nanti disorokkan hantu kopek!” atau “Jangan kerat kuku waktu malam, nanti harimau masuk rumah.” Saya juga yakin pembaca pernah mendengar kisah seram yang disampaikan daripada mulut ke mulut mengenai kisah ‘Volkswagen kuning’, Lebuh Raya Karak dan sebagainya.
Cerita seram ini kemudian sedikit demi sedikit mempengaruhi perlakuan dan sifat seseorang seperti daripada berani kepada penakut.
Antara perkara negatif lain yang mungkin timbul daripada cerita seram ini adalah ia memberi idea dan galakan untuk penonton mencuba membuat perkara jahat seperti permainan sihir membabitkan ilmu santau.
Itu jika dilihat daripada sudut negatifnya. Namun untuk artikel kali ini, saya lebih tertarik untuk membincangkan perkara positif yang mungkin boleh diambil daripada kebanjiran cerita bergenre mistik dan seram.
Sememangnya sebagai umat Islam, kita wajib mempercayai perkara ghaib. Sementelah dunia ini bukan saja didiami manusia, malah turut dihuni jin dan syaitan.
Kerana itu kita diminta berdoa supaya dilindungi Allah SWT daripada kejahatan jin dan manusia. Seperti yang terkandung dalam pengertian daripada surah An-Naas, yang bermaksud: “... Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.” Saya masih ingat ketika zaman sekolah menengah, kami digemparkan dengan kejadian demi kejadian menimpa seorang pelajar yang dirasuk jin.
Kuasanya memang luar biasa hinggakan sukar menenangkannya. Namun, alhamdulillah, akhirnya ia selesai dengan izin Allah melalui bantuan seorang ustaz.
Antara sebab utama membuatkan manusia mudah didampingi jin adalah kerana rasa cinta jin kepada seseorang manusia.
Diceritakan dalam sebuah kisah yang berlaku pada zaman Ibnu Taimiyah. Seorang lelaki dirasuk seekor jin dan Ibnu Taimiyah berbisik ke telinga lelaki berkenaan dengan membaca ayat al-Quran dari Surah Al-Mukminun ayat 10, yang bermaksud: “Adakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan bahawa kamu tidak akan kembali kepada Kami?” Tiba-tiba roh itu menjawab: “Ya.” Kemudian, Ibnu Taimiyah mengambil sebatang tongkat dan memukul lelaki (orang dirasuk) itu di lehernya hingga berasa penat. Tiba-tiba roh halus itu bersuara menjawab: “Aku mencintainya.” Lantas Ibnu Taimiyah menjawab: “Dia tidak mencintaimu.” Maka jawab roh itu: “Jika demikian, aku akan pergi meninggalkannya sebagai penghormatan kepadamu.” Namun, Ibnu Taimiyah berkata: “Tidak. Kamu harus keluar daripada jasad ini kerana ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.” Keluarlah roh halus berkenaan, dan lelaki yang dirasuk tadi beransur-ansur pulih.
Selain itu, kes sebegini sebenarnya berpunca daripada manusia. Antaranya apabila kita secara tidak sengaja masuk ke rumah yang lama dibiarkan kosong dan menjadi tempat kediaman jin.
Kerana itu, Islam mengajar kita memberi salam iaitu: “Assalamu ‘alaina wa’ala ‘ibadillahis saalihin” serta membaca ayat Kursi ketika masuk ke rumah kosong kerana khuatir ia ‘berpenghuni’.
Roh halus juga mudah mendampingi manusia pada saat seseorang itu lemah dan tidak di dalam ketaatan kepada perintah Allah dan Rasul, seperti lalai melakukan amal ibadah kepada Allah, ketika di puncak kemarahan, terlalu mengikut hawa nafsu dan dendam.
Perkara ini dinyatakan dalam surah An-Nahl, ayat 99-100, yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan tidak mempunyai pengaruh terhadap orang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya pengaruh syaitan hanya terhadap orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.” Allah SWT juga berfirman dalam surah Al-Araf ayat 27, yang bermaksud: “... Sesungguhnya Kami menjadikan syaitan teman rapat bagi orang yang tidak beriman.” Kerana itu, berwaspada selalu kerana syaitan dan jin gemar mendampingi manusia ketika manusia lemah iman dan takwanya kepada Allah.
Ingat, sesungguhnya hidup kita didampingi pelbagai jenis manusia, syaitan dan jin yang mempunyai pelbagai ragam. Kadangkala manusia, jin serta syaitan berpakat untuk mengkhianati manusia lain.
Kita tidak tahu apa yang difikirkan manusia sekeliling kita mengenai diri kita. Mungkin ada sesuatu dendam atau iri hati yang terbuku di hati mereka apabila melihat kita. Ada juga yang dengki apabila melihat jodoh kita bersama pasangan kita. Tidak ada yang mustahil.
Kerana itu, berbanyaklah membaca al-Quran, mengamalkan ayat Kursi ketika hendak tidur dan selepas solat, amalkan juga membaca tiga surah iaitu An-Nas, Al-Ikhlas dan Al-Falaq.
Namun yang lebih penting, peliharalah solat kita. Insya-Allah, Allah akan memelihara hamba-Nya yang memelihara hak serta kewajipan kepada-Nya.
Bercerai tapi tinggal bersama
Soalan :
Bercerai tapi tinggal bersama
SAYA dan isteri sudah bercerai dan ketika masih dalam edah kami tinggal dan tidur bersama seperti pasangan suami isteri dengan kerelaan bersama.
Seperti yang diarahkan, kami mengesahkan perceraian itu di mahkamah namun bercadang untuk rujuk kembali secara sah. Adakah saya dan isteri dikira rujuk jika sudah bersama pada malam berkenaan?
Jawapan :
DALAM keadaan itu anda sudah dikira rujuk kembali. Perkara berkenaan hendaklah dilaporkan kepada mahkamah bagi tujuan pengesahan rujuk sebagaimana pengesahan perceraian dibuat di mahkamah.
Dalam keadaan perceraian talak yang boleh dirujuk (raj’i), rujuk berlaku dengan kata-kata atau perbuatan seperti bersetubuh dan dorongan ke arahnya seperti pelukan dan ciuman.
Bagaimanapun Imam as-Syafi’e hanya menerima rujuk melalui kata-kata sahaja (Sabiq 2000, II: 178).
Sumber :
Topik : Alam Rumah Tangga - Tersinggung sikap mentua
Topik : Alam Rumah Tangga
Soalan
Tersinggung sikap mentua
SAYA berasa cukup tersinggung apabila ibu mentua mengatakan dia membenci saya. Malah pernah menghina serta menyuruh saya saya menceraikan anaknya.
Sebab itu, saya berjanji tidak akan pulang lagi ke rumah mentua kerana benar-benar terasa diri dihina atas perbuatannya itu. Berdosakah jika saya membenci sikapnya itu?
Jawapan
ISLAM amat menitik beratkan hubungan silaturahim. Sikap saling membenci dan memutuskan hubungan sesama saudara dilarang sekali dalam Islam.
Sekiranya berlaku perselisihan, mereka hendaklah didamaikan dan tali persaudaraan perlu disambung semula. Allah berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”. (Surah al-Hujurat ayat 10).
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan”. (Hadis riwayat Muslim)
Menghubungkan silaturahim banyak manfaatnya antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah dia memelihara hubungan silaturahim”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Justeru, jangan simpan perasaan benci dan dendam terhadap ibu mentua anda itu. Maafkan perbuatan serta keterlanjuran kata-katanya itu kerana sebagai menantu, kita perlu menghulurkan tangan kemaafan kepada mentua.
Isnin, 2 April 2012
Amalan Setiap Hari Nabi Muhammad SAW
Amalan Setiap Hari Nabi Muhammad SAW
Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri denganmengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat Jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat Jumaat, dosanya akan diampun hingga Jumaat berikutnya - Ahmad.
Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya - Tirmizi.
Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, beliau makan dan sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah) - Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 atau 5 jari kecuali ada keperluan.
Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya - Abu Dawud.
Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
Nabi S.A.W sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaahsupaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
Nabi tak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & memudahkan penghadaman.
Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana.
Nabi sering beristinsyaq air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
Setelah bersolat Nabi memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.
Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu ke seluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari.
Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.
Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari.
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda S.A.W.
Adakalanya Nabi S.A.W amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi S.A.W dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
Setelah bersolat Nabi S.A.W mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari.
Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya di mulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud.
Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklahberselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.
Sabda Nabi S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.
Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari.
Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih.
Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih.
Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain.
Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud.
Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.
Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar.
Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah - Ad-Dailami.
Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
sumber

Petua Halau Tikus
Petua Halau Tikus
Dibawah ini adalah Petua-petua,Tips² dan Cara-Cara Halau Tikus di kediaman anda
Petua Halau Tikus 1
Guna daun semambu(daun untuk hilangkan demam campak,orang india rajin tanam)
Petua Halau Tikus 2
Daun Durian Belanda Halau Tikus.
Guna daun durian belanda.Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus.Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. InsyaAllah, tikus tidak akan datang lagi
Petua Halau Tikus 3
Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. biarkan di dapur sampai kering dekat dapur tu.
Petua Halau Tikus 4
Taburkan serbuk lada Hitam ditempat ada tikus atau laluan tikus tu.
Petua Halau Tikus 5
Ada orang kata guna buah pong-pong boleh halau tikus.ambik buah tu letak dekat bahagian yang anda syak ada tikus.Insyaallah tikus tak datang dah kut lepas tu.
Amaran. jangan makan pulak buah ni.beracun.
Petua Halau Tikus 6
Guna Daun duri semalu pun boleh halau tikus .
Petua Halau Tikus 7
Bela kucing 2 3 ekor.
Petua Halau Tikus 8
Guna teknik ultrasound
Petua Halau Tikus 9
Gunakan produk Semburan Serai Wangi
-Petua Halau Tikus versi psyko.
Senang je petua ni.tangkap sekor tikus hidup-hidup, gunakan perangkap berumpankan ikan masin ker...apa2 la. pastu bila dah dapat tangkap kurung dia 2-3 hari..dalam bilik air ker...bagi dia minum..je...pastu ari ke4 bawak dia keluar dan cakap kat dia jangan datang rumah aku lagi...kalau tak pas ni aku kurung ko lagi...pastu baca bismillah dan lepaskan dia..InsyaAllah dia takkan datang lagi sekali dengan spesis² dia..haha
dah ramai orang mempraktikkan petua ni...dan dijamin berkhasiat... insya Allah
sumber:

Pantang Larang Tanam Pokok
Jangan Tanam Pokok Sembarangan
Orang tua-tua seringkali mengaitkan perkara tahyul dengan pokok tanaman, pokok bunga, batang, daun dan akar kerana dipercayai memberi makna-makna tertentu kepada orang yang menanamnya. Ia memberi petanda samada keuntungan atau kerugian pada pemiliknya.
Dibawah ini perturunkan perkara-perkara tahyul itu sebagai sebahagian renungan atau kajian, sekurang-kurangnya sekadar untuk pengetahuan. Wallahua’lam
1. Disarankan menanam pokok bunga Cempaka. Kononnya pemilik rumah yang menanam pokok cempaka di halaman rumah akan merasa tenteram dan damai dalam kehidupan hariannya bersama keluarga.
2. Dilarang menanam bawang. Menanam bawang di halaman rumah akan memberi pengaruh yang menyedihkan iaitu pemiliknya akan selalu ditimpa kesusahan.
3. Dilarang menanam pokok lada. Pokok lada di halaman rumah akan memberi pengaruh kepada pemiliknya seperti pertengkaran dan perselisihan diantara ahli keluarga.
4. Disaran menanam pokok pinang merah. Orang yang menanam pokok pinang merah, dikatakan memperolehi keuntungan dan rezeki. Selain itu boleh dijadikan tangkal terutama kepada orang yang bermaksud tidak baik seperti ilmu hitam, tuju-tuju, ubat guna-guna dan sebagainya.
5. Disarankan menanam pokok bunga matahari. Kerana ia dapat memberi kebahagian dan kedamaian serta keharmonian rumahtangga kepada orang yang menanamnya.
6. Dilarang menunujukkan bunga pokok-pokok buah-buahan. Perbuatan itu akan membuatkan bunga-bunga tersebut berguguran dan pokok tidak akan berbuah.
7.Dilarang menanam pokok betik di halaman rumah. Menanam pokok tersebut di halaman rumah akan mengakibatkan pemilikya mendapat sial. Segala hasil usaha tuan rumah akan merosot hari demi hari.
8. Dilarang menanam pokok anggur di sekitar rumah. Perbuatan ini dikatakan akan membawa akibat pada tuan rumah iaitu kehilangan mata pencarian.
9. Dilarang menanam pokok belimbing. Pemilik rumah akan selalu diganggu roh halus yang jahat.
10. Dilarang menanam pokok jagung dihalaman rumah. Pemiliknya akan selalu dapat penyakit dan selalu bertengkar dengan tetangga ataupu keluarga sendiri.
11. Dilarang menanam pokok kemboja di halaman rumah. Selain daripada menimbulkan kesan yang menyeramkan seperti terasa berada di tanah perkuburan. Ia juga akan mengundang roh jahat datang menggangu.
12. Dilarang menebang pokok buluh waktu tengahari. Buluh yang akan digunakan akan cepat rapuh dan patah.
13. Disaran menanam pokok ciku kerana pemilik rumah akan selalu dihormati masyarakat.
14. Disaran menanam pokok kenanga, melor dan halia kerana ia berguna sebagai penangkal untuk ilmu hitam seperti sihir, tuju-tuju, guna-guna dan sebagainya.
15. Dilarang menanam pokok beringin di halaman rumah kerana dipercayai menjadi tempat bersemayam roh-roh jahat.
16. Disaran menanam pokok wijaya kusumah (terdapat di puncak gunung). Dikatakan memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah terutama jika sedang mekar.
17. Disaran menanam bunga mawar kerana ia dapat memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah.
18. Memiliki bunga kemboja yang berkelopak ganjil juga dikatakan dapat memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah.
19. Memiliki buluh tidak berubang dianggap sebagai penangkal kepada ilmu hitam.
20. Menggantungkan daun sirih ketika menghadapi seseorang. Khabarnya orang yang ditemui itu akan mendengar apa yang kita cakap.
21. Memasukkan daun sirih ke dalam kasut untuk dipijak ketika mengikuti ujian dapat menimbulkan ketenangan dan meninggalkan rasa simpati pada diri kekasih dan calon mertua.
22. Menanam pokok keladi besar di empat penjuru rumah dapat menghindari pencuri masuk rumah.
23. Jika anda seorang peniaga dilarang menanam anggur dihalaman rumah maknanya segala perniagaan anda akan jatuh bangkrap.
24. Disaran menanam halia di halaman rumah untuk tujun menghalau roh halus.
Begitulah antaranya perkara-perkara tahyul yang berkaitan dengan tanaman, pokok bunga dan sebagainya. Maka jadikanlah ia sebagai renungan dan bukannya amalan atau kepercayaan.

Kepercayaan sekadar satu panduan.
*Kepercayaan sekadar satu panduan.
*Kepercayaan sekadar satu panduan.
Sulung= anak pertama, bongsu=anak terakhir, yang lain semuanya tengah.
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:
Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Sulung – Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
Sulung – Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
Tengah – Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
Tengah – Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.
Bongsu – Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.
KISAH THUWAIBAH DAN HALIMAH IBU SUSUAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
KISAH THUWAIBAH DAN HALIMAH IBU SUSUAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kini mereka menunggu pula ibu susuan yang datang dari kawasan pergunungan untuk menyusui Muhammad s.a.w.. Bangsa Arab berpendapat bahawa udara kota Makkah tidak menyihatkan bagi bayi dan sudah menjadi adat wanita-wanita Arab untuk memberikan bayi-bayi mereka kepada ibu-ibu susuan yang tinggal di kawasan perkampungan yang mempunyai udara yang segar.
Beberapa suku yang tinggal di kawasan gurun terkenal sebagai ibu susuan, di antaranya ialah Bani Sa’ad. Sementara menunggu kedatangan mereka, Aminah memberikan bayinya kepada Thuwaibah, seorang hamba Abu Jahal, kerabat Muhammad s.a.w. untuk menyusukannya.
Thuwaibah hanya dapat menyusukan Muhammad s.a.w. selama beberapa hari. Apabila dewasa Nabi Muhammad s.a.w. sangat baik terhadapnya sepanjang hidupnya, dan ketika ia meninggal dunia, baginda bertanya tentang anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu darinya.
Ibu-ibu susuan itu pun datang, mereka semuanya dari Bani Sa’ad dan mereka hanya memilih bayi-bayi yang mempunyai bapa sahaja sedangkan bayi yang tidak berbapa pula ditinggalkan kerana mereka mengutamakan ganjaran yang akan diperolehi dari bapa bayi-bayi berkenaan.
Muhammad s.a.w. ditinggalkan tanpa seorang ibu susu, tetapi sebaik sahaja suku tersebut hendak berangkat pergi, Halimah Binti Abu Dhu’aib berkata kepada suaminya:
“Aku tidak suka kembali bersama para sahabatku tanpa seorang pun bayi. Aku akan mengambil anak yatim itu!”. “Ya! Lakukanlah”. Kata suaminya, “Barangkali Allah akan menjadikannya suatu barakah kepada kita”.
Pada mulanya, Halimah tidak diberikan seorang bayi pun untuk disusuinya kerana dia bukan dari kalangan keluarga berada seperli yang lain-lainnya. Namun, sejak dia mengambil Muhammad s.a.w. dia memberitahu bahawa semuanya bertambah baik. Kambingnya bertambah dan mengeluarkan susu yang banyak, ayam-ayamnya pula semakin gemuk dan banyak.
Orang-orang kampungmya selalu mengingatkan gembala kambing mereka kerana iri hati terhadap Halimah:
“Lihatlah di mana kambing Halimah memakan rumput dan biar kambing kita makan rumput di padang yang sama”.
sumber: Buku Kisah Para Nabi (IBNU KATHIR)

Pancaran Kebahagiaan
Pancaran Kebahagiaan
By: Muhamad Agus Syafii
Pancaran kebahagiaan diwajah kita adalah cermin dari hati yang bahagia ketika hidup penuh syukur mendapatkan nikmat dan bersabar dikala mendapatkan ujian. Begitulah yang dirasakan seorang Ibu dengan tiga putrinya. Di dalam hidupnya harus melewati ujian kehidupan yang sebelumnya tidak pernah disadarinya. Setelah pernikahannya dua puluh tahun dikaruniai dengan tiga putri yang sudah beranjak dewasa dikejutkan oleh kenyataan pahit, tiba-tiba suami menggugat cerai. Sampai beliau berpikir, apa yang salah dari dirinya sampai suaminya tega melakukan itu. Beliau sempat depresi, bingung tak tahu apa yang harus dilakukan. Apa lagi sang buah hati mereka sangat mengidolakan ayah dan bundanya. Mesti begitu dirinya tidak membiarkan ketiga putrinya terlihat dalam masalah orang tuanya.
Ketidak mengertian atas sikap suaminya karena selama ini kehidupan rumah tangga sangatlah tenteram dan bahagia, tidak pernah bertengkar dan keributan dan tidak ada alasan yang utama yang bisa dijadikan gugatan cerai oleh suaminya karena selain istri sangat menghormatinya dan tidak ada gelagat atau perilaku yang aneh. Suaminya yang sangat santun dan penuh perhatian pada anak istrinya. Ditengah kegalauannya beliau datang ke Rumah Amalia untuk bershodaqoh & berdoa bersama. 'Syukurlah alhamdulillah, dengan berdoa paling tidak telah membuat hati saya menjadi sejuk, bisa menerima dengan lapang dada, hati yang bersih dan ikhlas dalam menghadapi hidup ini,' tuturnya.
Ditengah dirinya sudah berserah diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Mencoba untuk instropeksi diri atas semua kekurangannya. Disaat itulah kebahagiaan itu hadir dan meluluhkan hati suami tercintanya kembali pulang ke rumah dan telah mencabut gugatan cerainya. 'Sungguh Mas Agus Syafii, hati saya sangat bahagia karena Allah telah membuat keluarga kami bisa berkumpul kembali.' tuturnya. Malam itu hatinya penuh kebahagiaan tak henti mengucapkan puji syukur kehadirat Allah. 'Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.' (QS. Faathir : 34).
--
Sahabatku, yuk..aminkan doa ini agar keluarga kita menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah. "Rabbana hab lanâ min azwâjinâ wa dzurriyyatinâ qurrata a’yunin waj-’alnâ lil-muttaqîna imâmâ." Artinya, Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. (QS. Al-Furqan: 74).
Wassalam,
Muhamad Agus Syafii

Sabtu, 31 Mac 2012
40 Minggu Nan Ajaib
40 Minggu Nan Ajaib
Minggu 1
Bayi
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
Anda
Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.
Minggu 2
Bayi
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.
Anda
Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.
Minggu 3
Bayi
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
Anda
Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat beberapa jenis keju yang b oleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.
Minggu 4
Bayi
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
Anda
Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan
Minggu 5
Bayi
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.
Anda
Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.
Minggu 6
Bayi
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.
Minggu 7
Bayi
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.
Anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.
Minggu 8
Bayi
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Anda
Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.
Minggu 9
Bayi
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
Anda
Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.
Minggu 10
Bayi
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.
Anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.
Minggu 11
Bayi
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Anda
Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.
Minggu 12
Bayi
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.
Anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.
Minggu 13
Bayi
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Anda
Perubahan ‘saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.
Minggu 14
Bayi
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.
Anda
Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.
Minggu 15
Bayi
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.
Anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.
Minggu 16
Bayi
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.
Anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.
Minggu 17
Bayi
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.
Anda
Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.
Minggu 18
Bayi
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.
Anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.
Minggu 19
Bayi
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.
Anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.
Minggu 20
Bayi
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.
Anda
Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.
Minggu 21
Bayi
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.
Anda
Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.
Minggu 22
Bayi
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.
Anda
Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.
Minggu 23
Bayi
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.
Anda
Jika tangan dan kaki beng kak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.
Minggu 24
Bayi
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.
Anda
Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini.
Minggu 25
Bayi
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.
Anda
Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.
Minggu 26
Bayi
Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.
Anda
Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.
Minggu 27
Bayi
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa
Anda
Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.
Minggu 28
Bayi
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.
Anda
Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.
Minggu 29
Bayi
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.
Anda
Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.
Minggu 30
Bayi
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.
Anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.
Minggu 31
Bayi
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.
Anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.
Minggu 32
Bayi
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.
Anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.
Minggu 33
Bayi
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.
Anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.
Minggu 34
Bayi
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.
Anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.
Minggu 35
Bayi
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
Anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.
Minggu 36
Bayi
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
Anda
Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.
Minggu 37
Bayi
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.
Anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.
Minggu 38
Bayi
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.
Anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.
Minggu 39
Bayi
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.
Anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.
Minggu 40
Bayi
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.
Anda
Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.
Langgan:
Catatan (Atom)