CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Assalamualaikum

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group

jadi..janganlah anda menuduh saya mengambil,mengedit dan selain nya dari mana mana fakta
kerana niat saya hanya untuk berkongsi sumber/artikel/cerita
yang telah saya baca

harap maklum

ikhlas
sweetmiko

Jumaat, 26 November 2010

"DALAM DIRI-DIRI KAMU ADA KEBESARAN TUHAN"

"DALAM DIRI-DIRI KAMU ADA KEBESARAN TUHAN"

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yg maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan kita dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.



Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1.Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk
dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yg last tu), lalu Rasulullah akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada
mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan
kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yg dapat menolong proses
penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2.Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3.Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim) Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana
bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila
kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air
dan dalam proses minum tu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yg apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dgn cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.Cara minum, seteguk, bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum
berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yang sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibodi yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini
terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkawin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkawin didapati salah kerana zina hendaklah disebat
100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibodi yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya,
dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi
dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'abah. Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empatpersegi (cube). Ia terletak
di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'abah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi ini.
Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yg bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti
bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada di atas setelah ia memijakmijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i,melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

HADIAH MALAM JUMAAT

HADIAH MALAM JUMAAT

Perkara : Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid
jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum
masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap
sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur
memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan
bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur
masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual
sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju
kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk
seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang
ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap
seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua
ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang
kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan
yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.

Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk
bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih
mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat
talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda
itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya
Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah
orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri
dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah
itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda
kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada
seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan
suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah
meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.

Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat
orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama
dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda
menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya
Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.

Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut
lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan
Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia
berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan
hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari
dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh 
 penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau
begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu
menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar
dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini
dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan
melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin
sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya
semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda
tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke
masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia
singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat
ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan
sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih
yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut
mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan
terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. " "Hadiah dari
ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh
mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya ?"

"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada
hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari
tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda
telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) Nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)"

HUKUM MENGGANTUNGKAN AYAT-AYAT AL-QUR'AN DI DINDING

HUKUM MENGGANTUNGKAN AYAT-AYAT AL-QUR'AN DI DINDING

  Segala puji hanya milik Allah, dengan pujian yang banyak sesuai apa yang diperintahkanNya. Saya bersyukur kepadaNya, sedangkan Dia telah mengumumkan janji tambahan rahmat bagi orang yang bersyukur. Dan saya bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak  diibadahi kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagiNya, meskipun ini dibenci oleh setiap orang musyrik dan kafir, dan saya bersaksi bahwa Muhammad  itu hamba dan utusanNya, sayyid seluruh manusia, yang memberi syafa'at dan yang diizinkan untuk member syafa'at di Mahsyar. Semoga Allah melimpahkan shalawat dan salam kepadanya, keluarganya dan para sahabatnya yang merupakan sebaik-baik sahabat dan golongan, juga kepada para tabi'in yang mengikuti mereka dengan cara
 yang baik, selama fajar masih tampak dan bercahaya, amma ba'du.
  Sesungguhnya saya ingin memperingatkan dua hal yang
  berhubungan dengan Al-Qur'an Al-Karim.

  Pertama.
  Bahwa kebanyakan orang menggantungkan ayat-ayat yang
  mulia. Mereka menggantungkannya pada dinding di
  tempat-tempat duduk mereka dan penggantungan
  (ayat-ayat) ini termasuk perbuatan bid'ah yang tidak
  pernah dilakukan oleh para sahabat dan orang-orang
  yang mengikuti mereka dengan cara yang baik. Saya
  tidak mengetahui untuk apa orang-orang itu
  menggantungkan ayat-ayat ini !?

  Apakah mereka menggantungkan ayat-ayat ini untuk
  penolak bala ? (Jika ini tujuannya) maka sesungguhnya
  penggantungan itu bukan wasilah (sarana, cara) untuk
  menolak bahaya. Yang hanya bisa dijadikan wasilah
  penolak bahaya adalah seseorang membaca dengan
  lisannya (ayat-ayat atau surah-surah) yang dinyatakan
  dalam As-Sunnah, bahwa hal itu bisa menolak bala,
 sebagaimana sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.


"Artinya : Barangsiapa membaca ayat kursi di suatu
  malam, maka senantiasa Allah memberi penjagaan bagi
  orang itu dan tidak didekati setan hingga pagi hari"
  Dan ayat Kursi adalah firman Allah Subhanahu wa
  Ta'ala.

 "Artinya : Allah, tidak ada tuhan (yang berhak
  disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus
  menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan
  tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di
  bumi. Tiada yang dapat memberi sya'faat di sisi Allah
  tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di
   hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka
  tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah, melainkan
  apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit
  dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara
  keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar"
  [Al-Baqarah : 255]

  Maka menempelkan ayat ini atau yang lainnya tidak bisa
  melindungi mereka sedikitpun.

  Apakah mereka hendak ber-tabarruk dengan menempelkan
  Al-Qur'an pada dinding itu ? Padahal tabarruk dengan
  Al-Qur'an menggunakan cara seperti ini tidak
  disyari'atkan, bahkan itu bid'ah dan Nabi Shallallahu
  'alaihi wa sallam bersabda.

  "Artinya : Setiap bid'ah itu sesat"

  Ataukah mereka menginginkan dengan hal itu agar orang
  mengingat Al-Qur'an tatkala mereka mengangkat kepala
  kearahnya ? Namun hal ini bila kau terapkan pada
  kenyataan yang ada tentu engkau tidak menemukan
  sedikitpun pengaruh. Sesungguhnya pada semua
  majlis-majlis (tempat duduk) itu, engkau tidak
  melihat seorangpun dari kalangan orang-orang yang
  duduk mengangkat kepalanya untuk membaca ayat ini atau
  untuk mengingat pelajaran-pelajaran dan rahsia-rahsia yang tekandung di dalamnya. Para ulama salaf berbeda pendapat : Apakah boleh bagi orang yang
  sakit jiwa atau sakit jasmani menggangtungkan ayat
  Al-Qur'an di dadanya atau meletakkannya di bawah
  bantalnya dengan tujuan penyembuhan dengannya, karena
  cara macam ini tidak pernah bersumber dari Nabi
  Shallallahu 'alaihi wa sallam

  Ataukah mereka (orang-orang) yang menempelkan
  ayat-ayat yang mulia ini hanya menginginkan
  menempelkannya dengan sia-sia dan sekedar pemandangan
  ? Sesungguhnya Al-Qur'an tidak layak dijadikan
  permainan sia-sia dan pemandangan yang menjadi hiasan
  saja. Sesungguhnya Al-Qur'an lebih tinggi kedudukannya
  dan lebih agung derajatnya dari sekedar dijadikan
  hiasan dinding.


  Oleh sebab itu, saya menyerukan kepada semua
  saudara-saudara kita yang telah menggantungkan agar
  segera melenyapkannya karena semua
  kemungkinan-kemungkinan yang telah kalian dengar.
  Seluruhnya menunjukkan bahwa menggantungkan ayat-ayat
  itu adalah sesuatu yang tidak layak.

  Kedua.
  Adapun hal yang ke dua yang ingin saya ingatkan dan
  saya mengkhususkannya kepada para khaththah (ahli
  tulisan Arab) yang suka menuliskan untuk orang lain
  tulisan-tulisan di atas kertas atau lainnya, yaitu apa
  yang dilakukan oleh para khaththah. Mereka menulis
  ayat-ayat yang mulia dengan selain khat Utsmani dan
  membentuk tulisan-tulisan ini seperti rekaan, sampai
  saya mendengar bahwa sebagian mereka hendak menulis
  firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

   "Artinya : Dia menutupkan malam atas siang dan
  menutupkan siang atas malam" [Az-Zumar : 5]

  Dia menulis hurup "wawu" bagaikan lingkaran, ia hendak
  menulis Al-Qur'an sesuai dengan makna yang
  dikandungnya, sedangkan hal ini tidak ragu lagi
  diharamkan, karena sesungguhnya lafadz-lafadz
  Al-Qur'an Al-Karim tidak selayaknya dibentuk dengan
  bentuk yang menunjukkan kehebatan penulisnya atau
  menarik pandangan dengan ukirannya itu, sebab
  Al-Qur'an diturunkan bukan untuk hiasan atau rekaan.
  Dan barangsiapa yang memiliki barang-barang seperti
  itu, maka hendaknya dia membakarnya atau menghapusnya
  supaya ayat Al-Qur'an tidak dijadikan sebagai
  permainan.


  Para ulama berbeda pendapat apakah boleh Al-Qur'an
  ditulis dengan bukan khath Utsmani, meskipun bagi
  anak-anak ? Ada tiga pendapat di antara mereka tentang
  masalah ini.


 Adapun menulisnya dengan di reka-reka, maka tidak
  diragukan lagi keharamannya.


  Maka kewajiban kita wahai saudara-saudara adalah
  menghormati dan mengangungkan Kitab Allah serta
  menggunakannya sesuai dengan maksud diturunkannya,
  yaitu sebagai pelajaran dan obat penyakit hati dan
  sebagai petunjuk serta rahmat bagi kaum mukminin,
  dengarlah hikmah penurunannya di dalam firman Allah
  Subhanahu wa Ta'ala.

"Artinya : Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan
  kepadaMu penuh dengan berkah supaya mereka
  memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat
  peljaran orang-orang yang mempunyai pikiran" [Shaad :
  29]


  Al-Qur'an turun bukan untuk digantung di tembok dan
  direka-reka dalam penulisannya.


  Sebagaimana dalam penggantungan di tembok, maka ada
  keharaman lain yang saya kira tidak seorangpun yang
  tidak mengetahuinya. Sesungguhnya majelis-majelis yang
  ada ayat-ayat Al-Qur'an di dindingnya terkadang
  menjadi majelis permainan haram, terkadang ada ghibah,
  bohong, makian-makian, dan perbuatan-perbuatan haram
  lainnya. Maka semua ini kenyataan sebagai
  pengolok-olokan terhadap Kitab Allah yang ada di atas
  kepala mereka, orang-orang yang hadir, sedangkan
  mereka sedang bermaksiat kepada Allah di depan
  ayat-ayat Kitab Allah.


  Dan ketahuilah -semoga Allah merahmati kalian-
  sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah
  dan sebaik-baik tuntunan adalah tuntunan Muhammad
  Shallallahu 'alaihi wa sallam, sedangkan seburuk-buruk
  urusan adalah yang diada-adakan, dan setiap yang
  diada-adakan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah
  sesat, sedangkan setiap kesesatan (tempatnya) di
  Neraka.

Rabu, 17 November 2010

Khasiat Asmaul Husna

Khasiat Asmaul Husna 

 Ya Allah!" apabila dizikirkan 500x setiap malam, lebih2 lagi
selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh
yg besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

"Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak
500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat2 pelupa &
gugup akan hilang dengan izin Allah.

"Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insya
Allah kita akan mempunyai daya penarik yg besar sekali hingga manusia
merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

"Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau
setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yg dilakukan
setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yg diredhai Allah.

"Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah
tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit
hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

"Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136x, Insya Allah jasmani
& rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan
menjadi segar sihat & sejahtera.

"Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236x, Insya Allah dgn
izin Allah diri kita, keluarga & segala kekayaan yg dimilikki akan
terpelihara & aman dari segala macam gangguan yg merosakkan.

"Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat
fardhu Isyak, Insya Allah fikiran & hati kita akan menjadi terang &
bersih dari segala sesuatu yg merumitkan sehingga mudah utk menghafal
apa jua pelajaran.

"Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh,
Insya Allah dgn izin Allah, kita akan menjadi orang yg mulia,
disegani orang kerana penuh kewibawaan.

"Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang,
semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dgn izin Allah.

"Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662x, maka dgn
kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh,
bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

"Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, Insya
Allah bagi yg ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran,
amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap.

"Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang
sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, Insya Allah
kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

"Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yg sudah lama belum
mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dgn berpuasa selama 7 hari
dari hari Ahad hingga Sabtu. Diwaktu hendak berbuka puasa, ambil
segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum
air tersebut utk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat
perkara yg sama tetapi hanya dgn berpuasa selama 3 hari. Kemudian,
pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10x, Insya
Allah akan dikurniakan anak yg soleh dgn izin Allah.

"Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dlm masjid dlm keadaan
suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu
solat Jumaat, Insya Allah akan diampunkan dosa-dosa kita.

"Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka
hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & Insya Allah
orang-orang yg selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

"Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang
siapa yg selalu didlm kesempitan, Insya Allah segala kesulitan @
kesempitan dlm soal apa pun akan hilang dgn izinNya.

"Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu
khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yg halal
& membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah
dilakukan dgn ikhtiar yg zahir.

"Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh,
Insya Allah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima
nasihat agama.

"Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat
Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yg sempurna.

Yang membatal kan Iman



Yang membatal kan Iman


Berkenaan dengan hakikat keimanan barangkali tidak sangat diperlukan untuk memaparkannya. Pada penulis ini, yang perlu dipaparkan ialah fasal kedua dan ketiga, yang boleh dianggap sebagai aspek-aspek yang menyentuh pemurnian akidah dan oleh itu juga pegangan tasawwuf dan amalannya. Secara ringkasnya isinya ialah yang membinasakan iman, iaitu "riddah" atau kemurtadan iaitu:
1. dengan perbuatan kufur
2. perkataan kufur
3. I'tiqad kufur. Dengan sengaja, bersenda-senda, atau bantahan.
4. Perbuatan kufur: sujud kepada makhkuk dengan meletak dahi ke bumi
5. menghampirkan diri kepada makhluk dengan menyembelih kambing umpamanya
6. membuang Quran atau kitab syara' di tempat najis
7. membuangnya ke tempat yang keji seperti hingus
8. membuang fatwa ilmu syara'  ke bumi
9. membuangnya dan berkata: fatwa ilmu apa ini?
10. dengan perkataan serta I'tiqad alam ini kadim atau roh kadim

11. atau Allah baharu
12. menafikan sifat Allah yang sabit dengan ijma'
13. menafikan ilmuNya tentang juziyyat
14. mengisbatkan sifat yang ditolak oleh ijma'
15. mendustakan nabi
16. mendustakan malaikat
17. meringankan keduanya atau menyembah keduanya
18. mendustakan satu aya daripada ayat-ayat Quran yang ijma' ulama sabitnya.
19. menambahi satu kalimah dalam Quran
20. meringan-ringankan nabi

21. meringan-ringankan sunnah nabi (sepertimemperlinya-p)
22. menghalalkannyangnharam dengan ijma' seperti zina , liwat dan minum arak
23. mengharamkan yang halal dengan ijma' seperti berjual beli
24. menafikan yang wajib pada syara' seperti sembahyang dan puasa Ramadan
25. mewajibkan yang tidak wajib dengan ijma' seperti menambahkan sembahyang jadi enam
26. mendakwa menjadi nabi
27. membenarkan orang mengaku nabi
28. menuduh Siti 'Aisyah berzina
29. mengatakan kafir kepada orang Islam tanpa ta'wil
30. menghalalkan mengatakan kafir kepada orang Islam

31. bercita-cita akan menjai kafir, maka kafir waktu itu juga
32. bercita-cita menjadi kafir dengan berlaku sesuatu
33. syak adakah diri sendiri kafir atau tidak, maka jadi kafir waktu itu juga
34. menyuruh orang islam masuk kafir
35. mengisyaratkan kepada orang Islam supaya masuk kafir
36. mengisyaratkan orang kafir yang hendak masuk Islam supaya ia kekal dalam kafir
37. enggan mengajar kepada orang kafir yang hendak masuk islam
38. meminta tangguh mengajar syahadah kepada orang yang hendak masuk Islam
39. senda-sendakan nama Allah
40. senda-sendakan suruhan atau tegahan Allah

41. senda-sendakan janji Allah memberi pahala atau mengenakan seksa
42. senda-sendakan nama Rasul
43. berkata: kalau Tuhan suruh atau Rasul suruh aku taat aku tidak akan lakukan
44. atau kata: kalau nabi datang aku tidak akan menerimanya
45. berkata: kalau Allah jadikan kiblat pihak ini aku tidak akan berhadap sembahyang kepadanya
46. kata: kalau Tuhan jadikan si anu itu nabi aku tidak akan terima.
47. kata: kalau aku sakit Tuhan suruh aku sembahyang Tuhan zalim
48. kalau orang teraniaya berkata: aku teraniaya ini takdir. Orang yang menganiaya berkata: aku yang buat bukan dengan takdir

49. kata: kalau seorang nabi atau malaikat naik saksi aku tidak terima
50. kata: aku tidak tahu nabi itu manusiakah atau jin

51. kata: aku tak tahu apa iman  itu, secara menghinakannya.
52. mengecil-ngecil satu anggota nabi dengan menghinakannya
53. mengecil-ngecilkan nama Allah
54. berkata kepada orang yang berkata la haula wa la quwwata illa billah, itu tidak boleh menolong daripada lapar!
55. Orang yang berkata kepada orang yang bang, dusta engkau!
56. mengucap bismillah waktu minum arak dan berzina
57. berkata: aku tidak takutkan kiamat dengan meringan-ringankannya.
58. Berkata: sepinggan makanan tertentu lebih baik daripada ilmu.
59. Berkata kepada orang yang berkata: aku pertaruh hartaku kepada Allah dengan kata-kata: engkau pertaruhkan hartamu kepada pihak yang tidak boleh menyekat pencuri daripada mencuri hartamu.

60. Berkata: hai Tuhanku, matkkan olehmu akan daku, kalau engkau mahu aku Islam atau kafir.
61. Berkata, bila binasa harta dan anaknya, hai Tuhanku apa yang Engkau hendak buat denga harta dan anakku itu?
62. Orang yang mengajar kanak-kanak mengaji Quran berkata: kaum Yahudi terlebih baik daripada islam pada membayar hak guru.

63. kalau ada orang kafir masuk  Islam yang diberi zakat, orang lain berkata: kalau aku masuk kafir kemudian Islam aku boleh dapat zakat. Orang itu jatuh kafir.
64. Menafikan Abu Bakar itu sahabat nabi
65. Kalau seseorang berkata kepadanya engkau bukan orang islam, ia pun berkata aku bukan Islam.
66. kalau orang menyerunya: Hai yahudi! Ia pun menjawab, jadi kafir
67. berkata: nabi kita hitam atau bukan Quraisy.
68. Berkata: pangkat nabi boleh hasil dengan usaha.
69. berkata: aku mendapat wahyu daripada Allah.
70. Berkata: aku sudah masuk syurga, makan buah-buahannya dan peluk bidadarinya.

71. tidak menganggap kafir orang yang selain daripada beragama Islam.
72. syak pada mengkafirkan mereka seperti Yahudi misalnya.
73. atau menganggap sah mazhab mereka seperti yahudi.
74. mengatakan umat Muhammad sesat
75. mengatakan Sahabat Rasulullah kafir
76. menafikan Quran ada mu'jizat yang melemahkan kuffar.
77. mengatakan Mekah, Ka'bah, atau Masjidil Haram.
78. Berkata: aku tidak tahu yang dikatakan Mekah itu Mekahkah atau tidak.
79. Menafikan bahawa langit bumi menunjukkan dalil ada Allah.
80. Berkata: adanya langit dan bumi tidak menunjukkan adanya Allah.

81. menafikan bangkit manusia dari kubur.
82. Ingkarkan syurga dan neraka atau hisab dan pahala juga azab.
83. atau dibenarkan semuanya itu tetapi katanya itu bukan maksudnya yang sebenar.
84. berkata: imam-imam itu lebih afdhal daripada nabi-nabi.
85. menyerupakan orang jahat dengan zabaniyah atau Munkar Nakir secara menghinanya, jadi kafir.
86. melebihkan wali atas nabi
87. menyangka sifat rububiyah apabila zahir atas hamba terangkat taklif.
88. mengaku melihat Allah dengan mata kepala dalam dunia.
89. mengaku dirinya sama perkataan dengan Allah.
90. berkata: Allah masuk dalam semua rupa yang baik-baik.

91. Berkata: roh itu cahaya Allah, apabila berhubung yang cahaya berkata-kata keduanya.
92. Beriktikad sifat dirinya dekat dengan sifat Allah.
93. Beriktikad Allah memberi makan minum kepadanya tiada haram halal lagi.
94. Mengaku sampai kepada Allah dengan jalan lain daripada ubudiyyah atau memperhambakan diri kepadaNya.
95. mengaku dirinya sampai kepada maqam gugur hukum Syara ' baginya.
96. Jadi bida'ah orang yang berkata: Allah telah mengilhamkan kepadanya pekerjaan agama Islam tidak berkehendak lagi ianya kepada ilmu dan ulama;

97. kalau beri'tikad Allah ilhamkan kepedanya pekerjaan agama lain daripada Islam jadi kafir;
98. atau ia sampai menjadi nabi jadi kafir;
99. kalau dikata kepada seseorang: engkau padaku seperti yahudi pada penglihatan Allah
100. atau membaca Quran sambil memalu rebana;

101. atau dikata orang baginya: adakah engkau ketahui yang ghaib, jawabnya: ya, bertanya aku tahu akan dia;
102. atau ia kembali daripada musafir bila mendengar burung ' aq 'aq
103. atau dikatanya: aku 'asyik akan Allah dan Allah 'asyik akan aku, maka jadi bid'ah fasik; tentang kafirnya ada khilaf.

104. kalau mencita-cita jangan diharamkan zina, membunuh dan anyiaya, jadi kafir.
105. kalau mencita-cita tidak diharamkan minum arak dan berkahwin dengan saudara, tidak kafir.
106. kalau dikatakan bagi isterinya: engkau terlebih aku kasih dearipada Allah, atau
107. berkata: ia Nasrani terlebih baik daripada majusi, bersalahan ulama tentang kufurnya.

Kemudian disebut tentang hadith berkenaan dengan perpecahan umat kepada 73, satu sahaja yang selamat, dan mereka itu Ahlis-Sunnah wal-Jamaah. (hlm 8-9).
Kemudian digesa supaya berpegang kepada Ahlis-Sunnah, jangan Qadariyyah, Jabariyyah, mazhab tasybih, dan ta 'til, Khariji dan Rafidhi. Ini diikuti dengan huraian-huraian berkenaan dengan golongan-golongan Rafidhiyyah, Kharijiyyah, Jabariyyah, Qadariyyah, Jahmiyyah, dan Murji 'ah. Kemudian ini disusuli dengan ciri-ciri yang berkemungkinan menyentuh tasawwuf pada pegangann atau amalannya sahaja.

Zikir Mampu Cerah Wajah

Zikir Mampu Cerah Wajah


Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata.

Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada empat kategori.

Pertama - Zikir dengan lisan saja.

Kedua - Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.

Ketiga - Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.

Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai. Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud :

"Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar".

Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam Syurga" - Petikan dari Hadis riwayat Muslim.

Hikmat lain adalah berturutan seperti :-

Pertama - Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.

Kedua - Menimbulkan kejernihan,

Ketiga - kemanisan pada hati dan wajah.

Keempat - Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.

Kelima - Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah. Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
Ini terbukti dalam menjana kehidupan seharian sepanjang hayat yang kita lalui sama ada kita sedar atau sebaliknya.

Keenam - Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian Malaikat. Memperoleh pohon tamar dalam Syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.

Ketujuh - Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh(kubur) dan juga pada titian sirat nanti.

Kelapan - Dapat membina rumah dan juga istana dalam Syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di Syurga.

Kesembilan - Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada Neraka jahanam. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.

Kesepuluh - Dapat menghalau dan mematahkan gangguan Syaitan terhadap dirinya. Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.

Kesebelas - Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit. Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.

Kedua belas - Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil . Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.

Ketiga belas - Apabila seseorang itu menyertai majlis bacaan yassin, tahlil, zikir dan selawat , dia sebenarnya menyertai majlis yang di hadiri oleh Malaikat.

Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah sepertimana dalam firmanNya bermaksud : Ingatlah kamu kepadaKu ketika kamu senang dan susah , maka Aku akan mengingatimu.